CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

klik klik dapat bonus

Followers

Friday, August 20, 2010

Ramadhan Karem...


 salam Ramadahan Mubarak semua... setelah sekian lama menunggu kedatangan Ramadhan akhirnya kite bertemu jugak dengan bulan yang paling mulia ini...(^_^)  kedatangan bulan Ramadhan bulan Rahmat yang amat dirindui...
Biler sebut pasal Ramadahan pastilah seluruh umat islam sedunia melakukan solat Tarawih... bagi kita..Tarawih ni lau xbuat amat rugi..sebab itu kite lau boleh nak wat full sebulan tapi almklumlah dh nama pompuan ada je masalh sket hehe...
Pape pon kat sini kite nk share fadhilat/kelebihan solat Tarawih dari malam pertama hingga ke malam terakhir..

malam 1: keluar dosa-dosa orang mukmin sepertimana ia baru dilahirkan semalam, serta mendapat keampunan daripada ALLAH S.W.T

malam 2 : Diampunkan dosa2 org mukmin yang solat Tarawih serta kedua ibu bapanya(sekiranya mereka org beriman)

malam 3: Berseru Malaikat di bwah Arasy supaya kita semua meneruskan solat Tarawih, dan smoga ALLAH mengampuni dosa kita..

malam 4: memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.

malam 5: Allah mengurniakan baginya Pahala seumpama orang solat di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

malam 6: Allah mengurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat2 yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta batu2 dan tanah2 mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa org yg mengerjakan Tarawih pada malam ini.

malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nbai Musa serta menolong Nabi Musa a.s menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

malam 8: Allah mengurniakan pahala org yang solat Tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s

malam 9: Allah mengurniakan pahala dan dinaikan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w

malam 10: Allah S.w.t mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan diakhirat

malam 11: Keluar ia daripada dunia(mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan

malam 12: ia datang pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya(cahaya ibadahnya)

malam 13: ia datang pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap2 kejahatan dan keburukan.

malam 14: Datang Malaikat menyaksikan bersembahyang Tarawih, serta ALLAH tiada menyesatkannya pada hari kiamat

malam 15: semua Malaikat yang menangung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannay supaya Allah mengampunkannya.

malam 16: Allah s.w.t menuliskan baginya terlepas dari neraka dan masukkan ke dalam Syurga

malam 17: Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

malam 18: Seru Malaikat: Hai hamba ALLAH, sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan ibu bapamu(yang masih hidup atau mati)

malam19: Allah s.w.t meninggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

malam 20: Allah mengurniakannya pahala sekalian orang yang mati shahid dan orang-orang solehin.

malam 21: Allah membinakan sebuah istana dalam syurga daripada Nur(cahaya).

malam 22: ia datang pada hari kiamat aman daripada tiap2 dukacita dan kerisauan(tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar)

malam 23:Allah s.w.t membina sebuah bandar untuk nya didalam syurga daripada Nur

malam 24: Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih malam ini(elok lau berdoa ketika dalam sujud)

malam 25: Allah Taala menyelamatkannya daripada seksa kubur.

malam 26: Allah mengurniakan orang yang bertarawih pada malam ini pahala seumpama 40 tahun ibadah.

malam 27: Allah mengurniakan orang yang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintasi Titian Siratholmustaqim seperti kilat menyambar.

malam 28: Allah s.w.t mengurniakannya 1000 darjat di akhirat

malam 29: Allah s.w.t mengurniakannya pahala 1000 kali haji mabrur

malam 30: Allah s.w.t memberi penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

     " Hai hambaKu, makanlah segala jenis buah2an yang engkau ingini didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama 'Alkauthar."

P/S: jadi...rajin2lah menunaikan solat Tarawih ye sahabat sekalian, xmengapalah kalau xbuat kat masjid pun, masih boleh wat sorang2 kat bilik..tapi disunatkan wat ramai2 kat masjid...lagi besar berkatnya..(^_^)