CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

klik klik dapat bonus

Followers

Saturday, January 9, 2010

egoiskah anda?

Kenapa kadang-kadang ada orang yang xpernah mengaku kesilapan diri sendiri? Egois akan menghancurkan diri sendiri. Apabila kita berhadapan dengan masalah, adakah kita cuba untuk menyelesaikannya ataupun terus membiarkan tanpa menyelesaikannya? Sesetengah orang melarikan diri dari masalah, sebenarnya hal ini akan menjadikan masalah yang kita hadapi bertambah teruk. Didalam percintaan sekiranya terdapat masalah seperti salah faham atau sesuatu fitnah telah dilemparkan pada hubungan tersebut, bagaimanakah kita hendak selesaikannya? Adakah terus menyalahkan pasangan kita atau pun berbincang dengan keadaan yang tenang agar semuanya dapat diselesaikan dlam keadaan yang baik? Dalam sesebuah perhubungan setiap masalah haruslah diselesaikan dengan cara yang baik agar hubungan dapat dikekalkan, setiap ujian ada hikmahnya. kadang- kadang masalah dapat mematangkan pemikiran kita malah ada juga pasangan yang mana apabila sesuatu masalah dapat diselesaikan membuatkan mereka lebih memahami pasangan masing-masing dan menjadikan hubungan mereka lebih bermakna.


   Namun begitu, bagaimana pula jika masalah dengan kawan-kawan? ada sesetengah sahabat yang memahami dan ada juga sebaliknya.. sekiranya salah seorang daripada sahabat kita membuat kesilapan tetapi tidak mengaku kesalahan sendiri malah menunding jari kepada orang lain ini tandanya egois nya amat tinggi oleh itu cubalah untuk menasihatinya agar tidak menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri. tidak perlu takut untuk mengaku kesalahan sebaliknya cubalah mengaku kesilapan diri semoga dengan ini membuat orang disekeliling memberi pandangan yang positif terhadap diri kita. Tidak perlu takut untuk berkata benar, sebaliknya takut lah apabila kita berdusta..

No comments:

Post a Comment